jangan berdemonstrasi boleh?
Published by joereza on Friday, August 7, 2009 at 8/07/2009 04:24:00 PMAku tidak berpelah kepada mana-mana pihak, ini cuma pendapat aku secara umum. Aku tahu dahulu kita berdemonstrasi untuk membantah Malayan Union. Itu dahulu, semasa kemudahan komunikasi kurang, manusia cerdik pintar kurang dan segala-galanya kurang. Bila hendak mendapatkan sesuatu, gunalah akal, karisma, dan kewarasan. Islam menggalakkan musyawarah, bukan?.
Bukan apa, kerana nafsu dan pemikiran pendek, keputusan jangka panjang membinasakan. Kasihan aku lihat peniaga-peniaga tepi jalan. Mereka itu bukannya kaya pun, mungkin ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau satu hari berniaga pun belum tentu dapat bawa pulang modal.
Bila reporter datang dan buat liputan, satu dunia tahu. Bila berdemonstrasi dan ada huru-hara, semestinya cameraman fokus dekat huru-hara dan siarkan dekat tv. Jadi, lebih memburukkan, hanya kepada perkara-perkara dalaman berkaitan nafsu individu, pelabur sudah kurang yakin untuk melabur di negara kita dan pelancong takut nak datang sini DAN ekonomi negara kita sudah tidak kukuh lagi DAN musuh kita dan Islam tersenyum panjang. Do you see that? I'm not favouring to any person or side. Just feel a lil bit concern with my harmonious Malaysia. There is no such place like Malaysia.
Jangan berdemonstrasi boleh?
0 comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
